Carian
Microsoft Sedang Membangunkan Penyelesaian Kecerdasan Buatan Yang Lebih Menjimatkan Kos
January 25, 2024 Aman

Pada hari ini, salah satu perkara yang membebankan dalam pembangunan dan penawaran ciri kecerdasan buatan adalah kos untuknya, meliputi kos pemprosesan dan lain-lain. Kini, dalam usaha untuk mengatasinya, Microsoft dilaporkan melabur untuk pembangunan penyelesaian kecerdasan buatan yang lebih menjimatkan.

Mengikut The Information, Microsoft telah membentuk sebuah pasukan baharu secara dalaman dengan fokus untuk membangunkan kecerdasan buatan yang memerlukan proses perkomputeran yang lebih rendah berbanding sedia ada. Ini sekaligus akan membolehkan ia beroperasi pada penggunaan CPU dan GPU yang rendah berbanding hari ini.

Sekiranya semua bergerak lancar, maka Microsoft mungkin mengintegrasikan penawaran ini pada perkomputeran awan Azure mereka, sekaligus membolehkan lebih ramai membangunkan kecerdasan buatan masing-masing pada kos lebih rendah.

Pada hari ini, Microsoft bergantung pada model yang dibangunkan OpenAI, dan kos untuknya boleh dikatakan agak tinggi. Ciri CoPilot Pro yang dilancarkan oleh Microsoft baru-baru ini disediakan pada harga $20 sebulan – yang boleh dikatakan agak tinggi di beberapa negara.

Komen