Cari @ Amanz

AppleCare+ adalah pelan perlindungan untuk peranti Apple. Mereka yang melanggan pelan ini menerima jaminan tambahan dua ke tiga tahun berbanding biasa hanya setahun dengan 90 hari bantuan teknikal oleh wakil Apple. Di Malaysia selama ini, AppleCare+ hanya terhad untuk Mac, iPad dan Apple TV sahaja. Terbaru, ia telah dikembangkan ke lebih banyak produk.

iPhone

ModelHarga Jaminan 2 Tahun
iPhone SE (3rd generation)RM379
iPhone 15, iPhone 14, iPhone 13RM699
iPhone 15 Plus, iPhone 14 PlusRM799
iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro MaxRM899

Faedah yang anda terima untuk iPhone dengan AppleCare+ adalah perlindungan iPhone, bateri dan kabel. Dalam tempoh dua tahun, jika skrin atau panel belakang pecah anda boleh tukar dengan harga RM139 setiap kali dan RM469 untuk kerosakan lain. Jika ada alat gantian Apple akan membaiki pada hari yang sama, dan jika tiada, Apple akan gantikan dengan unit baharu dengan penghantaran pantas.

Apple Watch

ModelHarga Jaminan 2 Tahun
Apple Watch SERM249
Apple Watch Series 9RM379
Apple Watch Ultra 2RM469
Apple Watch HermèsRM699 (3 Tahun)

Untuk Apple Watch, jaminan tambahan selama dua atau tiga tahun membolehkan pengguna membaiki dengan harga RM329 atau RM379 mengikut model. Sama seperti iPhone, jam juga layak menerima unit gantian jika tiada lagi alat ganti.

AirPods Dan Beats

ModelHarga Jaminan 2 Tahun
AirPods, AirPods Pro, BeatsRM199
AirPods MaxRM399

Untuk produk audio juga menerima dua tahun. Apple akan membaiki produk audio yang rosak, bateri dan kabel pada harga RM139 selagi pelan ini masih aktif. Produk audio Apple juga layak menerima unit gantian.

Apple Display

ModelHarga Jaminan 3 Tahun
Apple Studio DisplayRM699
Pro Display XDRRM2,299

Untuk Apple Display, Apple tidak menawarkan sebarang gantian unit baharu sebaliknya terhad untuk membaiki sahaja. Tetapi pengguna akan menerima perlindungan selama 3 tahun yang terhad kepada monitor dan kabel. Sementara kaki atau cagak hanya menerima perlindungan jika dibeli dalam resit yang sama. Harga untuk membaiki adalah RM469 untuk skrin dan RM1429 untuk kerosakan lain.

Setiap pelan AppleCare+ ini melayakkan pengguna berhubung terus dengan pakar teknikal Apple untuk 24 jam. Selain turut boleh terus datang ke Apple Store untuk membaiki. Setiap produk turut menerima sokongan perisian oleh pakar Apple untuk menyelesaikan sebarang masalah serius. Syarat kelayakan membeli AppleCare+ adalah bergantung kepada model produk, tetapi wajib membeli pelan ini dalam masa 60 hari dari tarikh pembelian.

Anda boleh membeli AppleCare+ di laman web Apple atau juga melalui tetapan peranti anda. Dengan penawaran AppleCare+ yang semakin berkembang, anda tidak lagi perlu membeli insurans peranti atau pelan perlindungan pihak ketiga yang seringkali memberi pelbagai alasan menolak hak membaiki peranti anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd