Cari @ Amanz

Data pengguna adalah sangat penting untuk dilindungi agar ia tidak tersebar atau dijual yang biasanya digunakan untuk pengiklanan, spam, dan juga penipuan. Pelayar web Firefox adalah antara yang serius dalam melindungi data pengguna. Terbaru, aplikasi Android mereka telah dikemaskini dengan ciri Global Privacy Control.

Ciri ini boleh memberitahu mana-mana laman web agar data pengguna tidak dikongsi atau dijual. Global Privacy Control diaktifkan secara lalai jika menggunakan mod pelayaran peribadi dan boleh diaktifkan pada bila-bila masa untuk mod biasa. Bukan itu sahaja, Mozilla turut menambah kemampuan menjadikan Firefox sebagai pembaca PDF lalai untuk peranti Android pengguna. Ciri ini sedia terbina di dalam Firefox untuk Android versi 122.0 yang boleh dimuat turun di Play Store.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd