Cari @ Amanz

Kamera Hasselblad 907X Dan CFV 100C Dilancarkan Dengan Sensor 100MP

Link Copied!

Hasselblad melancarkan kamera format sederhana terkini 907X dan CFV 100C, yang menawarkan reka bentuk modular dan teknologi canggih. Ia terdiri dengan tubuh kamera 907X dan panel belakang CFV 100C dengan sensor format sederhana 100MP CMOS, selain juga serasi dengan kanta XCD, HC/HCD dan Xpan.

Kamera ini mempunyai kemampuan Phase Detection Auto Focus (PDAF) dengan 294 titik autofokus yang meliputi 97% kawasan imej. Selain turut menyokong pengesanan wajah dipertingkatkan untuk kemudahan fotografi potret dalam pelbagai tetapan.

Dari segi kualiti imej, kamera ini menggunakan Hasselblad’s Natural Colour Solution (HNCS) untuk penghasilan warna lebih tepat. Turut disertakan ialah kemampuan merakam dalam format JPEG dan RAW dengan kedalaman warna 14-bit/16-bit dan julat dinamik 15 stops, di samping kemampuan ISO pula antara 64 hingga 25,600.

Tumpuan penting lain ialah sokongan storan terbina 1TB, di samping pengembangan ini juga boleh dibuat melalui slot CFexpress Type B sehingga 512GB. Kemudiannya tubuh juga kini lebih ringan dan padat dengan berat sekitar 120 gram. Digabung juga, skrin jenis TFT 3.2-inci yang boleh dicondongkan antara 40 hingga 90 darjah.

Hasselblad 907X & CFV 100C dijual pada harga USD$ 8,199 (~RM38,715.68) sebuah.


Komen ()