Carian
Infinix SMART 8 Pro Ke Pasaran Malaysia Pada 31 Januari 2024
January 26, 2024 Amy Maizuraa

Infinix dilihat dalam perancangan hadir dengan peranti baharu di Malaysia pada 31 Januari 2024. Infinix Smart 8 Pro akan diumumkan melaluinya dengan tiga tumpuan utama yang meliputi kamera lebih jelas, storan besar dan hayat bateri berpanjangan.

Kalau diikutkan terdapat juga ciri seumpama Dynamic Island dinamakan sebagai Magic Ring yang boleh menunjukkan pelbagai maklumat dalam masa nyata seperti status bateri, tempoh panggilan dan lain-lain.

Butiran mengenai spesifikasi masih belum jelas setakat ini. Sekiranya sama dengan versi di pasaran lain, ia berpotensi dilengkapi skrin LCD 90Hz, cip MediaTek Helio G36, bateri 5000mAh, kamera utama 50MP dan swafoto 8MP.

Komen