Carian
Wear OS Generasi Baharu Mungkin Diperkenalkan Secara Tahunan
January 26, 2024 Fahim Zahar

Semalam kami telah melaporkan yang Google dan Samsung sedang membangunkan Wear OS 5 berasaskan Android 14 untuk Galaxy Watch7. Pembangunan sistem operasi jam tangan pintar Google ini semakin hari semakin aktif sejak Samsung mula menggunakannya pada jam-jam mereka.

Bagi yang tidak tahu, WearOS amat jarang dikemaskini. Misalnya Wear OS 2.x dengan Android 9, Wear OS 3.x dengan Android 11 dan Wear OS 4 pula dengan Android 13. Dengan pembangunan Wear OS 5 berasaskan Android 14 telah dimulakan, Mishaal Rahman menyatakan besar kemungkinan Google akan memperkenalkan Wear OS baharu secara tahunan.

Ini kerana beliau pernah menemui kod pembangunan mengacah yang Wear OS 6 adalah berasaskan Android 15. Buat masa ini, Wear OS generasi baharu hanya terhad kepada Galaxy Watch dan Pixel Watch. Pengeluar lain masih baru menyertakan Wear OS 3.x. Diharapkan akan datang, kemas kini Wear OS akan menjadi lebih baik untuk semua pengeluar.

Komen