Cari @ Amanz

Apple kini telah pun memulakan ujian untuk versi iOS 17.4, sekaligus memperlihatkan beberapa ciri yang bakal hadir bersama dengannya. Salah satu ciri adalah memfokuskan pada aplikasi podsiar mereka, iaitu Apple Podcasts.

Melalui kemaskini akan datang, Apple Podcasts akan menyertakan ciri menjana transkrip secara automatik – sekaligus memudahkan pengguna membaca transkrip sambil mendengar podsiar pada aplikasi berkenaan.

Untuk permulaan, ia hanya menyokong bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, dan juga Sepanyol. Apple menyatakan transkrip akan dijana secara automatik sebaik sahaja sesuatu podsiar dihantar ke Apple Podcasts. Untuk penerbit podsiar berkenaan, anda turut boleh memuat-turun transkrip dari Apple Podcasts Connect, dan seterusnya melakukan sebarang perubahan sekiranya diperlukan.

Sama-sama kita nantikan kemaskini iOS 17.4 untuk menguji sendiri kelak ciri baharu ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd