Carian
Fossil Meninggalkan Perniagaan Jam Tangan Pintar
January 27, 2024 Aman

Fossil kini secara rasminya mengesahkan yang mana mereka tidak lagi akan memperkenalkan sebarang jam tangan pintar dipasaran. Sebaliknya, mereka akan terus memfokuskan pada perniagaan teras mereka, termasuk penawaran jam tangan tradisional, serta sejumlah barangan mewah lain dibawah jenama Fossil.

Apa pun, Fossil menyatakan akan teruskan sokongan untuk jam tangan pintar sedia ada bagi beberapa tahun lagi.

Dengan landskap arena jam tangan pintar yang sangat kompetitif, nampaknya Fossil mengambil langkah untuk mengelak untuk terus bersaing dengan pelbagai jenama lain, dan memfokuskan pada kepakaran utama mereka sahaja. Mungkinkah selepas ini, lebih banyak jenama lain akan turut mengikut langkah sama?

Komen