Cari @ Amanz

Semalam Amerika Syarikat menjadi negara pertama menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang banduan menggunakan gas nitrogen. Kenneth Eugene Smith (58) dijatuhkan hukuman mati di Alabama kerana kesalahan membunuh pada tahun 1988. Gas nitrogen digunakan untuk mengakibatkan kekurangan berlakunya kekurangan oksigen (hipoksia) yang menyebabkan Smith meninggal dunia secara perlahan-lahan.

Pada tahun 2022 beliau menjalani hukuman mati menggunakan suntikan beracun tetapi kesukaran mencari saluran darah menyebabkan ia dihentikan. Smith menentang hukuman mati menggunakan nitrogen digunakan ke atas beliau kerana mendakwa ia belum dibuktikan boleh membunuh secara berperikemanusiaan. Rayuan beliau ditolak oleh mahkamah dan hukuman dijatuhkan semalam.

Menurut saksi, Smith meronta-ronta selama beberapa minit sejurus selepas gas nitrogen disalurkan ke topeng yang dipasang pada kepala beliau. Selepas beberapa minit pernafasan semakin perlahan dan akhirnya beliau disahkan meninggal dunia oleh doktor.

Alabama adalah salah satu daripada 27 negeri di Amerika Syarikat yang masih membenarkan hukuman mati dijatuhkan ke atas pesalah jenayah tertentu. Selain menggunakan nitrogen, hukuman gantung, ditembak, kebuk gas beracun, renjatan elektrik dan suntikan beracun turut digunakan untuk membunuh banduan di Amerika Syarikat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd