Carian
BYD Dan DJI Memperlihatkan Konsep Kereta Yang Turut Dilengkapi Dron
January 27, 2024 Aman

BYD kini bekerjasama dengan pihak DJI dalam memperlihatkan konsep dimana kereta hadir dilengkapi dengan dron pada bahagian bumbungnya. Melalui integrasi ini, pemandu boleh mengawal pelepasan dron dari kenderaan, dan mengawalnya termasuk untuk merakamkan gambar pemanduan ketika dalam perjalanan.

Sebelum ini juga, konsep lebih kurang sama turut diperlihatkan, dimana dron boleh turut digunakan dalam melihat keadaan lalu-lintas di hadapan ketika kesesakkan jalan raya.

Melalui konsep yang diperlihatkan BYD ini, kenderaan berkenaan turut hadir dengan tempat khusus untuk dron, serta pelepasan yang dikawal dan diintegrasikan pada sistem inforia.

Buat masa ini, ia sekadar konsep sahaja, dan tidak diketahui akan dikomersilkan atau sebaliknya. Bagi anda, adakah anda meminati kenderaan yang hadir dengan dron secara terbina ini?

Komen