Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kini mengarahkan syarikat telekomunikasi untuk mengambil tindakan segera, sekaligus mengatasi masalah panggilan terputus tiba-tiba, khususnya di Melaka. Perkara ini dikongsikan menteri selepas melakukan ujian kualiti perkhidmatan selular di Melaka.

Melalui ujian yang dilakukan, ia dikongsikan yang mana secara purata, kelajuan internet bagi semua penyedia iaitu CelcomDigi, Maxis, Unifi Mobile, U Mobile dan Yes mencapai 100Mbps sepanjang Melaka River Cruise.

Walaubagaimanapun, sepanjang ujian dilakukan menggunakan laluan bermula di Jeti Hotel Casa del Rio ke Taman Pengkalan Rama, sebanyak lima kali panggilan terputus direkodkan.
Melaka menjadi negeri kedua dimana ujian seperti ini dilaksanakan oleh Menteri sendiri, selepas melakukan sesi pertama di ibu negara tempoh hari.