Carian
Realme 12 Pro+ 5G Dilancarkan – Cip Snapdragon 7s Gen 2 Dan Realme UI 5.0
January 29, 2024 Amy Maizuraa

Realme 12 Pro+ 5G telah dilancarkan secara rasmi sebentar tadi. Ia menampilkan kemasan anggun dan estetik yang rapi dengan kerjasama pereka jam tangan mewah antarabangsa iaitu Ollivier Savéo. Ini termasuk jenama seperti Rolex, Roger Dubuis, Piaget, Breitling, dan Quentin.

Peranti boleh didapati dalam tiga pilihan warna sepertI Submarine Blue, Navigator Beige dan Explorer Red. Digabung pula dengan panel belakang berasaskan kulit bersama modul kamera berbentuk bulat. Modul kamera ini telah direka semula oleh Saveo bagi menjadikannya nampak seperti kerangka jam tangan. Panel hadapan pula sejenis melengkung berlubang kecil di tengah untuk kamera swafoto.

Untuk spesifikasi Realme 12 Pro+ 5G dilengkapi skrin 120Hz sebesar 6.7-inci beresolusi 2412 x 1080 (FHD+). Skrin turut menawarkan nisbah kontas 5,000,000: 1 bersama kemampuan memaparkan paparan sehingga 1.07 billion. Selain juga menggunakan cip Snapdragon 7s Gen 2, memori 8/12GB, storan 128/256GB dan Realme UI 5.0 (berasaskan Android 14 sebagai tunjang utama.

Seterusnya sensor utama 50MP Sony IMX890 dengan OIS digunakan. Diikuti pula sensor periskop potrait 64MP (OmniVision OV64B) dan ultra-lebar sebesar 8MP sebagai pelengkap. Rakaman video maksimum 4K/30fps ditawarkan pada peranti, selain juga terdapatnya kamera swafoto sebesar 32MP. Bateri 5,000mAh disertakan boleh dicas melalui port USB-C dan pengecasan pantas 67W.

Lain-lain spesifikasi termasuk bluetooth 5.2, pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos dan Hi-Res Audio. Harga jualan peranti bermula INR29,999 (~RM1,707), INR31,999 (~RM1,821) dan INR33,999 (~RM1,935) sebuah.

Komen