Carian
Acer Swift Go 14 Kini Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM 3,599
January 29, 2024 Amy Maizuraa

Acer Swift Go 14 ditawarkan secara rasminya di Malaysia bermula hari ini. Ia dibangunkan khusus buat golongan professional dan pelajar dengan pelbagai fungsi baharu disediakan. Harga jualannya bermula RM3,599 (Intel Core Ultra 5) dan RM4,299 (Intel Core Ultra 7) yang tersedia melalui pengedar sah Acer di seluruh Malaysia.

Acer Swift Go 14 mempunyai pilihan paparan WUXGA atau 2.2K sebesar 14-inci dengan kadar segar semula 60Hz. Skrin juga menawarkan nisbah aspek 16:10, selain juga boleh dibuka sehingga 180 darjah.

Kemudian CPU Intel Core Ultra 7 processor 125H/155H digunakan sebagai tunjang utama, diikuti juga memori 16GB RAM LPDDR5X RAM dan storan 1TB PCIe Gen 4 SSD sebagai pelengkap. Bateri disediakan pula menyokong pengecasan pantas 100W.

Terdapat juga fungsi yang mengintegrasikan AI terbina seperti Acer PurifiedView pada kamera web. Selain turut memuatkan pelbagai port yang termasuk dua port USB-A, dua port USB-C (Thunderbolt 4), port , slot kad mikroSD dan sokongan untuk Wi-Fi 6E.

Komen