Pada Ogos 2022 lepas, Amazon telah menyatakan hasrat untuk mengambil-alih iRobot – dengan hasrat dalam melengkapkan kepakaran dalam portfolio barangan robotik dalam pembersihan rumah. Namun, kini selang hampir dua tahun, Amazon memilih untuk membatalkan pengambil-alihan iRobot.
Pembatalan ini dilakukan oleh Amazon selepas melihat pihak Kesatuan Eropah seperti tidak akan memberikan kebenaran untuk pengambil-alihan berkenaan.
Selari dengan ini juga, iRobot menyatakan akan membuang sekitar 350 orang pekerja syarikat berkenaan, termasuk CEO yang akan meninggalkan syarikat tersebut.
Pihak Amazon turut kecewa kerana pengambil-alihan ini tidak boleh diteruskan dalam terus membantu iRobot bersaing aktif dalam industri, terutamanya pesaing dari negara luar (China).