Cari @ Amanz

Nampaknya dalam diam OnePlus Nord N30 SE telah dilancarkan secara rasmi secara global. Ia merupakan peranti kelas pertengahan asas dengan rangkaian 5G terbina. Diikuti juga beberapa tumpuan utama seperti skrin dan bateri besar, serta pengalaman audio lebih baik dengan sistem audio stereo.

Untuk spesifikasi khusus, peranti memuatkan skrin LCD sebesar 6.72″ dengan resolusi FHD + (2400 x 1080). Ini digabung pula dengan cip Dimensity 6020 sebagai tunjang utama, diikuti juga gabungan memori 4GB RAM + 128GB ROM dan menjalankan OxygenOS 13.1.

Bateri 5000mAh disertakan boleh dicas semula dengan port USB-C dan pengecasan 33W SUPERVOOC. Selanjutnya sistem kameranya pula terdiri dengan 50MP (utama) + 2MP (kedalaman), dan kamera swafoto sebesar 8MP.

Lain-lain spesifikasi termasuk pembesar suara stereo, bluetooth 5.3, NFC dan disediakan dalam dua pilihan warna seperti Cyan Sparkle/Black Satin. Tiada harga jualan disenaraikan buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd