Carian
Vivo Mengacah Pengenalan Siri V30 – Turut Melepasi SIRIM Di Malaysia
January 30, 2024 Amy Maizuraa

Peranti baharu siri Vivo V30 dijangka tiba dalam masa terdekat apabila laman iklan rasmi sedia dimuatnaik. Ia ditemui melalui laman web rasmi Vivo Filipina dengan reka bentuk yang masih samar-sama buat masa ini.

Namun terdapat potensi berlakunya perubahan pada saiz modul kamera utama yang dijangka lebih kecil berbanding generasi sebelum ini. Panel hadapannya pula sejenis melengkung dan berlubang dengan saiz bezel yang agak nipis pada kesemua sisi.

Bayangan butang standard untuk kuasa dan laras audio turut boleh dilihat pada bahagian sisi kanan peranti. Soalan utama kini sudah tentunya tertumpu pada spesifikasi dalaman, bilangan model dan tarikh pelancaran rasmi yang masih dirahsiakan.

Peranti juga boleh dilancarkan di Malaysia memandangkan salah satu daripadanya telah melepasi SIRIM. Ia muncul dengan kod nama V2318 (V30) yang didaftarkan oleh VTalent Business Sdn Bhd sejak penghujung tahun lalu.

Komen