Cari @ Amanz

Bermula hari ini, para pengguna boleh mula melanggan pas musim MLS (Major League Soccer) melalui Apple TV, dan seterusnya menonton keseluruhan aksi perlawanan bola sepak terus pada skrin berdekatan anda sepanjang tahun 2024 ini.

Musim 2024 ini akan bermula 21 Februari 2024 ini. Walaupun begitu, pengguna boleh mula mendapatkan sejumlah kandungan, termasuk perlawanan pra-musim eksklusif melalui Apple TV.

Penawaran kandungan MLS juga memposisikan Apple TV berbeza dengan pesaing lain dalam arena penstriman – dimana ia menawarkan kandungan sukan secara eksklusif. Baru-baru ini juga, beberapa perkhidmatan penstriman turut dikatakan sedang melihat untuk penawaran kandungan sukan pada platform masing-masing.

Pihak Apple menawarkan akses kepada semua kandungan dan perlawanan MLS ini pada harga RM59.90 sebulan untuk pelanggan Apple TV+, atau RM349 satu musim. Sekiranya tiada langganan Apple TV+, pas MLS ditawarkan pada harga RM69.90 sebulan, atau RM449 semusim.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd