Carian
Riot Games Membatalkan Hasrat Untuk Membangunkan Pesaing Twitch
January 30, 2024 Aman

Riot baru-baru ini telah mengumumkan membuang 11% pekerja mereka, sekaligus memberikan impak terhadap sejumlah projek yang dalam pembangunan pada syarikat tersebut. Salah satu projek yang turut terkesan dan dibatalkan disebabkan oleh pembuangan pekerja ini adalah projek membangunkan alternatif kepada Twitch.

Projek yang dinamakan sebagai REN atau Riot’s Esports Network berkenaan terpaksa dibatalkan selari dengan pengurangan angka pekerja mereka.

Riot pada awalnya menyasarkan untuk mengintegrasikan permainan utama seperti League of Legends dan Valorant untuk menjadi fokus pada perkhidmatan penstriman berkenaan. Untuk makluman, kedua-dua permainan ini turut menjadi minat ramai untuk ditonton di Twitch.

Buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada pihak Riot akan menyambung hasrat projek berkenaan pada masa akan datang atau sebaliknya. Untuk makluman juga, pihak Twitch turut telah membuang sejumlah pekerja mereka baru-baru ini.

Komen