Carian
Peugeot Akan Mengintegrasikan Sokongan ChatGPT Pada Kereta
January 30, 2024 Aman

Peugeot kini mengumumkan mereka akan mengintegrasikan sokongan ChatGPT dalam terus menambah-baik integrasi pembantu maya berasaskan suara pada kenderaan keluaran mereka. Dengan langkah ini, para pemandu boleh berkomunikasi dengan kereta dalam mendapatkan sejumlah jawapan berkaitan kenderaan, atau berkaitan dengan soalan am.

Peugeot menyatakan akan mula mengintegrasikan sokongan ini pada semua kereta mereka, termasuk model e-3008 yang baharu. Untuk permulaan, integrasi ini akan dilakukan di 5 buah negara, iaitu di Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol dan Britain.

Untuk makluman, sebelum ini pihak Mercedes-Benz dan Volkswagen turut telah mengumumkan integrasi ChatGPT pada kenderaan mereka.

Komen