Momentum Works kini telah mengeluarkan laporan tahunan untuk 2023 yang lepas dalam arena industri penghantaran makanan. Melaluinya, ia memperlihatkan Grab melalui GrabFood kini mempunyai pegangan pasaran sebanyak 65% di Malaysia.

Ia diikuti oleh FoodPanda pada kedudukan kedua dengan pegangan berjumlah 30%, sementara ShopeeFood di tangga ketiga dengan peganan sebanyak 5%. Ia turut diperlihatkan yang mana industri penghantaran makanan di Malaysia bernilai $2.4 bilion pada 2023, iaitu sekitar RM11.34 bilion.
Grab dilihat mempunyai pegangan dan kedudukan paling meluas di Malaysia, berbanding negara-negara lain di rantau Asia Tenggara.
Kebelakangan ini, ia turut telah hadir laporan menyatakan FoodPanda mungkin akan menjual operasi mereka di rantau ini, termasuk pasaran Malaysia. Buat masa ini, ia tidak diketahui siapakah yang akan membelinya – dan sekiranya Grab mendapatkan FoodPanda, maka mereka akan memegang hampir keseluruhan pasaran penghantaran makanan di Malaysia.