Cari @ Amanz

Teknologi 5G digunakan untuk sistem swapandu, penstriman video resolusi tinggi dan permainan video pada peranti mudah alih dengan sela masa rendah. Kini ia digunakan pula oleh Sony bagi mempercepatkan proses menghantar gambar dari sebuah kamera. Alat pemancar 5G Sony PDT-FP1 direka untuk menghantar gambar yang diambil terus ke pelayar FTP peribadi sepantas kilat.

Ia dilengkapi skrin 6.1″ OLED sesentuh yang dipadankan kepada pemproses Snapdragon 8 Gen 2, storan 256GB dan bateri 5000 mAh. Menurut Sony modul 5G ini boleh beroperasi secara berterusan sehingga empat jam dengan sekali caj. Terdapat sambungan USB-C, HDMI dan LAN. Menarik sekali ia turut menjalankan sistem operasi Android 13. Secara amnya PDT-FP1 ialah sebuah peranti 5G yang tidak mempunyai sokongan panggilan telefon atau dilengkapi kamera.

Pada waktu ini sokongan menyimpan gambar terus menggunakan protokol FT hanya menyokong perkhidmatan yang ditawarkan oleh Sony sahaja. Sony PDT-FP1 dijual pada harga 59,500 Yen (~RM 1906) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd