Cari @ Amanz

Infinix Smart 8 Pro diumumkan secara rasminya di Malaysia pada hari ini. Ia dijual pada RM399 dengan pilihan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Ketersediaan pula menerusi pengedar sah Infinix di seluruh Malaysia, sama ada secara dalam atau luar talian.

Infinix SMART 8 Pro dilengkapi skrin LCD sebesar 6.6″ dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula 90Hz. Cip MediaTek Helio G36 digunakan sebagai tunjang utama, selain terdapatnya ciri seumpama Dynamic Island dinamakan sebagai Magic Ring yang boleh menunjukkan pelbagai maklumat dalam masa nyata seperti status bateri, tempoh panggilan dan lain-lain.

Bateri 5000mAh disertakan boleh dicas melalui port USB-C dan pengecasan 10W. Turut dimuatkan ialah sistem kamera utama 50MP bersama swafoto sebesar 8MP sebagai pelengkap. Sebanyak empat pilihan warna diberikan seperti Shiny Gold, Timber Black, Galaxy White dan Rainbow Blue.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd