Cari @ Amanz

Google One adalah perkhidmatan awanan Google yang saya tidak akan berhenti melanggan. Ia menggabungkan storan awanan Google Drive, ciri premium Google Photos, pelbagai ganjaran serta khidmat bantuan pelanggan pantas pada harga serendah RM8.49 sebulan.

Sundar Pichai baru-baru ini memberitahu yang Google One semakin berkembang maju dan mereka cukup bangga dengannya. Pelanggan berbayar kini telah menghampiri 100 juta dan berhasrat untuk menjadikan setiap langganan lebih berbaloi dengan menyertakan ciri Duet AI atau mungkin juga akses Bard dengan Gemini Ultra.

Google One

Google One menawarkan akses storan awan 100 GB, 200 GB, 2 TB, 5 TB, 10 TB, 20 TB, dan turut mempunyai 30 TB. Harga langganan bermula RM8.49 dan boleh meningkat sehingga RM644.99 sebulan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd