Cari @ Amanz

OM System OM-1 Mark II telah dilancarkan sebagai kamera nircemin dan boleh ditukar ganti (ILC) baharu. Kamera itu dilihat berkongsi banyak persamaan dengan OM System OM-1 yang diumumkan pada Februari 2022.

Kamera itu dilengkapi sensor 4/3″ BSI LIVE MOS bersaiz 20 megapixel dengan sistem penstabilan 5 paksi IBIS dan cip pemprosesan cip pemprosesan imej TruePic X. Gabungan ini membolehkan imej beresolusi tinggi dapat dihasilkan, selain juga dibantu Automatic White Balance (AWB) Algorithms untuk hasil warna lebih jelas meskipun dalam pencahayaan rendah.

Menerusi sensor ini, kamera juga boleh merakam video pada tetapan video 4K UHD/DCI sehingga 60fps, dan pensampelan 10-but 4:2:2. Rakaman FHD turut boleh dilakukan sehingga 240fps, selain menyokong HLG untuk rakaman HDR dan OM-Log gamma yang menjadikan proses penggredan warna lebih baik.

Hal yang benar-benar menarik mengenai kamera ini sudah tentunya fungsi Live GND (graduated neutral density) terbina untuk hasil imej lebih menarik. Selain itu fungsi pengimejan khas lain seperti 50M Handheld High-Res Shot Mode dan 80M Tripod High-Res Shot Mode disediakan untuk tangkapan imej beresolusi tinggi dengan hingar di tahap minimum.

Sistem autofokus juga lebih baik dengan pengesanan lebih tepat khususnya untuk subjek yang bergerak pantas dan boleh mencapai lapan subjek dalam satu bingkai. Kamera juga menyokong tangkapan video menegak, yang amatlah sesuai untuk perkongsian di media sosial.

Selain juga serasi dengan UVC (USB Video Class)/UAC (USB Audio Class) untuk sambungan ke PC bagi kegunaan kamera web. EVF pula dari jenis OLED dengan 5.76 juta titik dengan pembesaran 0.83X, dan kesemua komponen telah dimuatkan ke dalam tubuh yang juga kalis habuk dan percikan IP53.

Harga jualan bermula $2,399 (~RM11,340.07) untuk tubuh sahaja, dan mencapai $3,000 (~RM14,181.00) dengan padanan sensor OM System M.Zuiko Digital ED 12-40mm f/2.8 Pro II.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd