Carian
Microsoft Edge Untuk Android Menguji Ciri Memasang Pemalam
February 1, 2024 Fahim Zahar

Hujung tahun lepas, Firefox untuk Android dikemaskini dengan sokongan memasang lebih 450 pemalam. Kemas kini ini membawakan pengalaman penggunaan lebih kurang sama di antara desktop dan Android. Terbaru, Microsoft pula dilihat menguji ciri yang sama untuk pelayar web Edge mereka.

Seorang pengguna X, @Leopeva64 menemui ciri memasang pemalam pada Microsoft Edge: AI Browser versi Canary. Pemalam yang disokong adalah berasaskan kod Chromium, sama seperti Edge untuk desktop. Berdasarkan imej yang dikongsi, terdapat tiga pemalam sedia digunakan bagi sesiapa yang ingin mencuba.

Memandangkan pelayar web Edge untuk Android juga berasakan Chromium, ini memberi harapan yang Google Chrome untuk Android juga boleh menyokong pemalam suatu hari nanti. Penggunaan pemalam membolehkan pengguna menggunakan fungsi tambahan yang lebih menarik atau yang membantu meningkatkan produktiviti yang lebih efisien.

Komen