Cari @ Amanz

Di acara PlayStation State of Play, Hideo Kojima mengumumkan beliau sedang membangunkan permainan baharu dengan tajuk sementara PHYSINT. Menurut beliau ia adalah permainan di dalam genre mengintip aksi yang sama dengan siri Metal Gear. Tetapi pada waktu yang sama PHYSINT akan menggabungkan elemen filem interaktif serta melibatkan pelakon filem terkemuka.

Ini ialah permainan di bawah kelolaan Kojima Production dan PlayStation Studios bermakna ia akan eksklusif pada konsol Sony PlayStation 5 sahaja. Beberapa bulan yang lalu permainan OD turut diumumkan oleh beliau tetapi ianya eksklusif untuk konsol Microsoft Xbox sahaja.

Pengumuman pagi ini pastinya menggembirakan peminat Kojima yang ingin melihat beliau kembali menawarkan permainan genre seakan MGS selepas beliau meninggalkan Konami pada tahun 2015. Tiada imej konsep atau treler awal dikongsi mengenai PHYSINT pada ketika ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd