Carian
Circle to Search Tiba Ke Google Pixel 8 dan 8 Pro
February 1, 2024 Effi Saharudin

Ciri Circle to Search with Google adalah antara ciri paling berguna pada siri Samsung Galaxy S24 tahun ini. Ia memudahkan proses carian pelbagai maklumat dalam aplikasi dan kamera tanpa perlu melakukan tangkapan layar terlebih dahulu. Seperti dijanjikan, Circle to Search kini telah diberikan kepada Google Pixel 8 dan Pixel 8 Pro.

Ini menjadikan ciri Cirlce to Search boleh diakses menerusi peranti terkini keluaran Google dan Samsung sahaja. Kemas kini perlu dilakukan sebelum ciri ini boleh diakses pada siri Pixel 8. Masih tiada maklumat sama ada Circle to Search akan turut diberikan pada peranti Android pengeluar lain. Ia adalah antara ciri yang mungkin ditawarkan pada peranti lama Samsung seperti siri S23, Z Fold5 dan Z Flip5.

Kami berharap pelbagai ciri pintar ini akan diberikan kepada peranti Android lain kerana ia bukan sekadar gimik. Tetapi jika anda tidak mampu menunggu lagi, anda perlu membeli siri S24 dan Pixel 8.

Komen