Microsoft kini secara rasminya mengumumkan pengenalan penawaran sejumlah aplikasi mereka dibawah Microsoft 365 untuk pengguna set kepala Apple, iaitu Apple Vision Pro.
Dengan langkah ini, para pengguna Apple Vision Pro boleh menggunakan aplikasi seperti Microsoft Word, Excel, PowerPoint, Outlook, OneNote, Loop dan Teams melalui set kepala berkenaan.


Aplikasi ini dijangka menawarkan sejumlah ciri sama seperti pada versi desktop, termasuk sokongan integrasi kecerdasan buatan Microsoft Copilot.
Buat masa ini, Apple masih belum mengumumkan penawaran Apple Vision Pro untuk pasaran Malaysia. Di Amerika Syarikat, ia dijual pada harga bermula RM18,000.