Microsoft kini berkongsi kemaskini terkini untuk laman sosial LinkedIn yang dimiliki mereka. Melalui angka terkini yang dikongsikan, Microsoft menyatakan LinkedIn mempunyai lebih 1 bilion pengguna berdaftar di dunia setakat ini.
Daripada angka berkenaan, 7 juta pengguna berdaftar adalah dari Malaysia.
Untuk makluman, data yang dikongsikan adalah data pengguna berdaftar, dan bukannya pengguna aktif. Pihak Microsoft tidak mengeluarkan data berkenaan pengguna aktif bulanan buat masa ini – tetapi menyatakan kadar perkongsian di laman sosial berkenaan telah meningkat dari suku ke suku tahunan lepas.