Cari @ Amanz

Perbadanan Putrajaya kini telah pun memulakan ujian pengangkutan awam baharu dalam bentuk trem tanpa landasan di Putrajaya, bermula hari ini. Bersempena dengan Hari Terbuka Putrajaya yang diadakan, trem ini boleh dinaiki secara percuma sehingga 4 Februari 2024 ini.

Dengan penawaran trem ini, ia sekaligus akan memberikan mod pengangkutan alternatif kepada penduduk setempat, mahupun kepada mereka yang berkunjung ke Putrajaya.

Bagi anda yang berhasrat untuk mencubanya, boleh menaiki trem ini di Hentian Bas Istana Kehakiman (Berhadapan Family Mart) di Presint 3, Putrajaya. Ujian trem tanpa landasan ini akan dilaksanakan di Putrajaya sehingga 31 Disember 2024 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd