Carian
Apple Vision Pro Kini Mempunyai Lebih 600 Buah Aplikasi Yang Dibangunkan Khusus
February 1, 2024 Aman

Apple kini berkongsi yang mana set kepala mereka, Apple Vision Pro kini mempunyai lebih 600 buah aplikasi yang dibangunkan dan dioptimasikan khusus untuknya, serta menyertakan sejumlah integrasi ciri khusus. Selain daripada 600 aplikasi berkenaan, pengguna juga turut boleh mengakses kepada lebih 1 juta aplikasi sedia ada pada platform seperti iPad yang boleh dijalankan pada Vision Pro.

Apple berkongsi angka ini selari dengan jualan Vision Pro yang akan bermula di Amerika Syarikat bermula 2 Februari ini.

Apple Vision Pro merupakan set kepala khusus yang dibangunkan oleh Apple, mengintegrasikan dunia nyata dan juga dunia maya. Pengguna boleh mengakses kepada sejumlah kandungan melaluinya, termasuk melakukan tugasan kerja, melayari web, membaca, dan sebagainya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Apple Vision Pro akan hadir ke pasaran tempatan. Di Amerika Syarikat, ia dijual pada harga bermula sekitar RM18,000 setiap satu.

Komen