Cari @ Amanz

Anda ingat lagi video 3D? Kita perlu memakai kaca mata khas untuk menonton dengan pengalaman lebih imersif. Teknologi ini berkembang sehingga wujudnya teknologi 3D tanpa kaca mata. Tetapi kemudian teknologi 3D ini menyepi lama. Terbaru, dengan Apple Vision Pro telah dilancarkan – kandungan video 3D dilihat akan menjadi trend semula.

Video Spatial Vision Pro

Video 3D atau video stereoskopik ini boleh dirakam dengan iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max, selain turut boleh dirakam dengan set kepala Vision Pro. Apple cuba mempopularkan pengalaman menonton video 3D atau video spatial dengan menggunakan set kepala realiti gabungan. Meta baru-baru ini mengumumkan yang set kepala Meta Quest mereka sedia menyokong memainkan video stereoskopik.

Contoh Video Spatial Dalam Meta Quest

Sama ada video yang dirakam dengan kedua-dua iPhone 15 Pro atau video 3D lain, set kepala Meta kini membenarkan pengguna menonton video dalam pengalaman imersif tanpa perlu membeli Vision Pro yang bernilai belasan ribu ringgit. Dalam kemas kini baharu ini, Meta turut akan menyediakan beberapa video demo untuk pengguna cuba sendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd