Carian
“Sukan Olimpik” Yang Membenarkan Penggunaan Dadah Menerima Sokongan Peter Thiel
February 2, 2024 Effi Saharudin

Marion Jones, Ben Johnson, dan Tim Montgomery adalah antara atlet yang dipaksa memulangkan pingat yang dimenangi dalam sukan Olimpik selepas didapati bersalah menyalahgunakan dadah terlarang ataupun lebih dikenali sebagai doping. Olimpik tidak membenarkan doping kerana tidak selari dengan tujuan asal sukan bersaing secara adil. Tetapi acara Enhanced Games akan dianjurkan dengan ia membenarkan doping di kalangan atlet.

Enhanced Games kini menerima sokongan bilionwan Peter Thiel, Balaji Srinivasan, dan Christian Angermayer. Ia dianjurkan bagi melihat sejauh mana sains boleh digunakan untuk mempertingkatkan kemampuan atlet. Hanya acara sukan balapan, akuatik, tempur, gimnastik dan kekuatan sahaja akan diadakan. Acara berpasukan tidak akan ditawarkan pada waktu ini.

Pendaftaran akan dibuka pada penghujung tahun ini dengan ia membenarkan penyertaan semua tanpa mengira usia termasuk bekas atlet Olimpik. Walaupun sudah menerima sokongan bilionwan, bila Enhanced Games pertama akan berlangsung masih belum diumumkan oleh penganjur.

Komen