Carian
Apple Kini Mempunyai 2.2 Bilion Peranti Aktif Di Seluruh Dunia
February 2, 2024 Fahim Zahar

Apple mempunyai banyak kategori produk termasuk telefon, tablet, komputer dan banyak lagi. Semuanya berada dalam satu ekosistem tersendiri dan selepas menawarkan iPhone, iPad, Apple Watch, MacBook, AirPods, Mac Mini dan lain-lain – Apple memperkenalkan kategori set kepala pengkomputeran spatial pula iaitu Vision Pro.

Baru-baru ini Tim Cook mengumumkan yang menjelang Disember tahun lepas, laporan suku keempat tahun 2023 mencatatkan terdapat 2.2 bilion peranti Apple aktif di seluruh dunia dalam setiap segmen dan kategori yang Apple tawarkan. Sayang sekali, Apple tidak memberitahu jumlah pengguna bagi setiap satu produk mereka.

Dengan Apple Vision Pro akan mula dijual esok di negara terpilih, jumlah peranti Apple aktif akan semakin bertambah. Apple berhasrat akan terus menerajui dalam inovasi baharu teknologi dan cuba menguasai pasaran set kepala pula. Adakah Vision Pro yang bernilai belasan ribu ringgit ini boleh menjadi peranti Apple yang digunakan ramai? Sama-sama kita nantikan.

Komen