Carian
Google Search Mematikan Ciri Pautan Cache Laman Web
February 2, 2024 Effi Saharudin

Selamat tinggi kepada ciri cache yang telah wujud berdekad lamanya di Google Search. Google Search mengesahkan pautan cache laman tidak lagi akan dipaparkan apabila menggunakan enjin carian mereka. Sebab yang diberikan ialah ciri ini diberikan dahulu bagi memudahkan orang ramai mengakses sesetengah laman apabila kelajuan internet tidak menentu. Dengan teknologi internet kini semakin baik, ciri ini telah dihentikan minggu ini.

Kali pertama ciri ini didapati hilang ialah pada 25 Januari lalu. Wakil Google Search telah memberikan pengesahan rasmi ciri telah dihentikan menerusi laman X hari ini. Sungguhpun begitu mereka merancang untuk memberikan pautan terus ke Internet Archive sebagai ganti tetapi bergantung kepada persetujuan kedua-dua pihak.

Di kalangan wartawan teknologi, ciri cache amat berguna untuk mengakses laman web yang dipadam khususnya untuk produk yang telah ditiriskan secara tidak sengaja atau produk yang telah ditamatkan. Ia juga ciri terbaik untuk membaca kandungan laman yang dipadam atas sebab-sebab tertentu suatu ketika dahulu.

Komen