Carian
Dapatkan Rebat RM720 Setiap Tahun Dengan Samsung Galaxy A15 Dan A25 5G
February 2, 2024 Farah Izzati

Tahukah anda bahawa pada harga bermula RM999, anda sudah boleh memiliki Samsung Galaxy A15 atau A25 5G dan boleh mendapatkan rebat sehingga RM720 setiap tahun serta mengumpul mata ganjaran dengan setiap transaksi yang dilakukan melalui Samsung Wallet? Dengan mata ganjaran yang dikumpulkan, anda boleh menggunakannya untuk menebus pelbagai keistimewaan yang ditawarkan. Bukan itu sahaja, anda juga turut berpeluang untuk mendapatkan mata ganjaran berganda pada kad kredit dan juga Samsung Wallet. Namun, bagaimanakah caranya?

Bagaimanakah Untuk Mendapatkan Mata Ganjaran Dan Rebat Melalui Samsung Wallet?

Caranya mudah. Anda hanya perlu berbelanja menggunakan Samsung Wallet dan mendapatkan mata ganjaran untuk menebus pelbagai kelebihan yang semestinya menguntungkan anda. Pertama sekali, anda perlu memiliki apa-apa peranti Samsung yang menyokong Samsung Wallet contohnya seperti Samsung A15 dan A25 5G. Kemudian, anda perlu mengaktifkan Samsung Wallet terlebih dahulu. Seterusnya anda boleh menggunakannya untuk membeli apa jua barangan tanpa sebarang pembelian minima. Untuk setiap transaksi yang dilakukan, anda akan mendapat mata ganjaran yang mana seterusnya ia boleh digunakan untuk membuat sebarang penebusan. Dengan mata ganjaran yang dikumpulkan ini anda boleh menukarkannya kepada rebat dan seterusnya menggunakannya untuk menebus peranti mercu atau apa jua barangan dari Samsung.com dengan membayar 1% sahaja daripada harga keseluruhan peranti. Dalam erti kata lain, dengan menggunakan Samsung Wallet ini, ia ibarat anda menabung sedikit demi sedikit melalui mata ganjaran yang diberikan untuk mendapatkan peranti idaman.

Tidak terhad pada barangan Samsung sahaja, anda juga boleh menggunakan Samsung Points untuk menebus barangan lain seperti makanan, e-dagang dan juga hiburan. Sebagai contoh, katakanlah anda ingin membeli barangan di laman e-dagang, anda boleh menebus baucar dari Samsung Wallet untuk mendapatkannya. Untuk memastikan anda dapat menikmati kelebihan mata ganjaran dari Samsung Wallet, Samsung telah berkolaborasi dengan pelbagai jenama seperti ZUS Coffee, Grab, TGV Cinemas dan banyak lagi. 

Promosi eksklusif untuk pengguna yang membeli Samsung Galaxy A15 atau A25 5G, anda akan berpeluang untuk menikmati baucar Lazada bernilai RM20 pada minggu pertama dan baucar Llao Llao bernilai RM10 pada minggu yang kedua, dan diikuti dengan keistimewaan lain pada minggu berikutnya. Malah, jika anda melakukan pembayaran menggunakan Samsung Wallet, anda akan dapat menikmati ganjaran berganda untuk kad kredit dan Samsung Wallet sekaligus. Jadi, sesuailah dengan peribahasa, “sambil menyelam, minum air”.

Mengapakah Anda Perlu Menggunakan Samsung Wallet?

Samsung Wallet merupakan suatu dompet mudah alih melalui telefon pintar dengan sokongan NFC dimana ia memudahkan anda untuk melakukan pembayaran sepintas lalu. Namun, mengapakah anda perlu menggunakan Samsung Wallet?

Pertama sekali, ia menyokong pembayaran untuk 7 buah perbankan yang terpilih seperti CIMB, Public Bank, RHB, Standard Chartered, HSBC dan Hong Leong Bank. Melaluinya juga, Samsung Wallet membolehkan anda untuk bukan setakat menyimpan kad sahaja, malah boleh juga menyimpan kad pengenalan dan apa jua maklumat penting dalam Samsung Wallet. Namun, mungkin anda masih mempunyai keraguan dari segi keselamatannya bukan? Jangan risau kerana ia turut didatangkan dengan lapisan keselamatan dari Samsung.

Ini diteruskan lagi dari segi keselamatan pada Samsung Wallet ini. Buat pengetahuan anda, Samsung Wallet ini dilindungi sepenuhnya oleh Samsung Knox dimana ia bukan sahaja menyimpan cap jari anda, malah ia juga melindungi data anda dibawah satu lapisan keselamatan yang boleh menghalangnya dari ancaman penggodaman pihak luar. Bagaimanakah jika telefon anda dicuri? Menariknya disini adalah, anda sebenarnya  boleh mengunci atau memadam terus semua info dalam peranti anda dari jauh menggunakan Smart Things dari Samsung.

Tambahan lagi, selalunya jika anda ingin mula menggunakan kaedah pembayaran seperti ini, semestinya anda perlu melakukan pendaftaran terlebih dahulu. Kebiasaannya, ia memerlukan beberapa langkah seperti mengimbas kad terlebih dahulu, mengisi nama dan no kad anda secara manual. Tapi, dengan Samsung Wallet, anda hanya perlu meluangkan masa sekurang-kurangnya 1 minit untuk sesi pendaftaran dengan menggunakan fungsi NFC. Kemudian, anda layangkan sahaja kad pada belakang peranti Samsung dan mengesahkannya menggunakan kod OTP. Mudah dan cepat bukan

Kesimpulan

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa anda tidak perlu berbelanja lebih untuk menggunakan peranti yang menyokong Samsung Wallet. Ini adalah kerana, melalui Samsung Galaxy A15 dan A25 5G ini juga, anda sudah boleh menggunakan Samsung Wallet seterusnya dapat menikmati pelbagai kelebihan dari segi mata ganjaran dan juga rebat yang boleh ditebus termasuklah peranti mercu Samsung tanpa perlu membuat bayaran penuh. Bukan itu sahaja, dengan adanya Samsung Wallet juga, anda tidak perlu risau berlebihan akan keselamatan data peribadi anda kerana anda boleh memadamnya dari jauh menggunakan Smart Things. 

Jadi, buat anda yang ingin menggunakan Samsung Wallet, jangan lupa dapatkan Samsung A15 dan A25 5G bermula pada harga RM999 mulai hari ini dan gunakan rebat untuk membeli peranti Samsung tanpa pembayaran penuh.

Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia

Komen