Carian
Amazon Perkenal Rufus – Chatbot Beli Belah AI
February 2, 2024 Amy Maizuraa

Terdapat banyak manfaat AI dalam kehidupan sehari-hari termasuk memudahkan pengalaman membeli-belah. Paling terkini sokongan pembantu maya berasaskan AI baharu dipanggil Rufus telah diumumkan oleh Amazon.com Inc.

Pada dasarnya, Rufus merupakan Chatbot yang direka untuk menyediakan pengalaman membeli-belah lebih efektif dan menyeronokkan. Ia boleh menjawab soalan pelanggan mengenai sebagai produk yang disenaraikan di Amazon. Dalam masa sama, AI generatif yang menyokongnya telah dilatih menggunakan katalog produk Amazon.

Tidak kisah sama ada ianya berbentuk pendapat atau perbandingan produk. Rufus akan cuba menyediakan jawapan terbaik berdasarkan sumber maklumat yang releven di laman web Amazon seperti kemaskini ulasan, dan soal jawab komuniti.

Ini secara tidak langsungnya amatlah membantu dalam menyenangkan lagi pelanggan temui produk terbaik sesuai dengan kepeluan. Buat masa ini juga, Rufus di peringkat ujian beta dalam kelompok pengguna kecil di AS, sebelum dilancarkan lebih meluas pada minggu akan datang.

Komen