Khairulaming hari ini berjaya mencatatkan rekod tersendiri, apabila berjaya melancarkan produk kedua Dendeng Nyet Berapi, dan menjana RM1 juta terpantas menggunakan platform TikTok Shop.

Tempoh masa yang diambil untuk semua stok disambar pada pembeli adalah sekitar 3 minit 39 saat, sementara ia mengambil masa sehingga hampir 32 minit untuk semua pembeli menyelesaikan proses pembayaran dan angka jualan mencapai RM1 juta.
Dendeng Nyet Berapi telah ditawarkan pada harga RM14.99, dan sebanyak 80,000 unit telah ditawarkan ketika jualan pengenalan ini. Dengan pencapaian terbaru ini, tidak mustahil kita melihat penjual-penjual lain mula mencabar untuk mencapai kadar jualan dengan lebih pantas – atau mungkin Khairulaming sendiri akan cuba pecahkan rekod ini melalui produk ketiga beliau kelak.