Cari @ Amanz

Dokumentari Grounded II yang menceritakan pembangunan The Last of Us Part II kini boleh ditonton di YouTube. Dalam dokumentari lebih dua jam ini, pelbagai cabaran yang dihadapi oleh studio Naughty Dog diabadikan. Bagi peminat siri permainan video ini, saya sarankan anda menontonnya segera. Tetapi maklumat paling menarik didedahkan oleh pengarah TLOU II, Neil Druckman yang mengacah pembangunan The Last of Us Part III.

Menurut Druckman, beliau mempunyai idea mengenai hala tuju permainan sejurus selepas TLOU II siap dibangunkan. Ia melibatkan watak Tommy, adik kepada Joel. Konsep permainan yang ingin dibangunkan sudahpun ada di dalam kepala beliau. Dengan Naughty Dog tidak mempunyai sebarang permainan dalam pembangunan selepas The Last of Us Remanstered dan The Last of Us Part II Remastered dilancarkan, Druckman berkata terdapat ruang untuk satu lagi “bab” bagi melengkapi cerita TLOU.

Sama ada beliau akan terlibat secara aktif dengan pembangunan The Last of Us Part III jika ia dibangunkan masih lagi kabur. Ini kerana Druckman terlibat dengan penerbitan musim kedua siri TV TLOU untuk Max.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd