Carian
Geely Telah Melancarkan 11 Satelit Untuk Navigasi Kereta Swapandu
February 3, 2024 Aman

Geely kini membuat kejutan dengan mengumumkan telah melancarkan sebanyak 11 satelit berorbit rendah sehingga kini, dalam usaha menawarkan lebih kejituan navigasi untuk kereta swapandu keluaran mereka. Geely menyasarkan untuk melancarkan sekitar 72 satelit menjelang 2025 kelak.

Geely

Geely telah melancarkan satelit pertama mereka sebelum ini pada Jun 2022 lepas. Selain menawarakn kejituan pada navigasi, satelit ini juga dijangka menawarkan pengimejan penderiaan jauh beresolusi tinggi melaluinya.

Secara keseluruhan, Geely menyasarkan untuk melancarkan sejumlah 240 satelit berorbit rendah, dan membentuk buruj tersendiri dalam menawarkan sejumlah perkhidmatan kepada pengguna produk keluaran mereka.

Komen