Cari @ Amanz

Apakah isu utama siri Samsung Galaxy Z Fold? Jawapannya ialah skrin luar yang agak sempit jika dibandingkan dengan peranti skrin lipat keluaran Oppo, Xiaomi dan Honor. Pada tahun 2024, Samsung perlu melakukan perubahan pada rekaan untuk terus kompetitif dalam pasaran skrin lipat yang kini semakin banyak pesaing.

Terkini rekaan yang dikatakan adalah untuk Samsung Galaxy Z Fold6 telah tertiris. Berita baik bagi inginkan perubahan ialah skrin luar jelas lebih besar lebar. Nisbah skrin amat mirip dengan yang digunakan pada Oppo Find N3 dan Google Pixel Fold. Berdasarkan pengalaman saya sendiri mengulas Find N3, ia adalah peranti skrin lipat terbaik pernah dihasilkan. Skrin luar cukup baik untuk digunakan tanpa keperluan membuka skrin lipat dengan kerap.

Imej pengolokan di atas dihasilkan oleh @xleaks7 berasakan paten yang ditemukan oleh laman Pigtou. Ia selari dengan beberapa ura-ura yang kami dengari sendiri dan beberapa prototaip yang telah diperlihatkan oleh Samsung sendiri sejak beberapa bulan yang lalu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd