IQOO 12 5G telah dilancarkan di Malaysia sebelum ini dengan pilihan warna Legend dan Alpha. Kini ia boleh didapati dalam variasi Flame Red pula sekaligus menjadikan keseluruhannya mempunyai 3 pilihan warna disediakan buat pengguna.
Tiada perubahan harga dan spesifikasi yang dibuat, yang bermakna boleh dibeli pada RM3,399 sekarang. Sebagai tambahan, hadiah menarik bernilai RM777 disedikan untuk pembelian yang termasuk iQOO Wireless Active, dan pakej jaminan tambahan termasuk skrin retak selama setahun.
IQOO 12 5G menggunakan skrin AMOLED 144Hz sebesar 6.78-inci dengan resolusi 1440 X 3200 piksel dan keterangan puncak 3000 nits. Ini digabung juga cip Snapdragon 8 Gen 3, memori 16GB RAM dan storan 512GB sebagai tunjang utama. Bateri 5100mAh disertakan menyokong pengecasan pantas 120W, diikuti juga kamera utama 50MP + 64MP + 50MP dan swafoto sebesar 16MP.