Carian
Circle To Search Pada Siri Samsung Galaxy S24 Mengubah Cara Saya Mencari Sesuatu Di Web
February 25, 2024 Fahim Zahar

Zaman sekarang informasi berada di hujung jari masing-masing. Keluarkan sahaja telefon pintar, boleh terus seru pembantu digital untuk dapatkan informasi baharu. Banyak juga aplikasi disediakan untuk mencari info ini sama ada aplikasi carian, aplikasi AI atau juga media sosial.

Kaedah baharu yang saya paling suka pada siri Samsung Galaxy S24 adalah Circle to Search with Google. Ia seakan mencari dengan Google Lens, tetapi lebih mudah dan efisien. Tidak lupa juga yang ciri ini turut menyertakan ciri carian generatif yang sangat menarik.

Guna Jari Pun Boleh!

Kalau saya menggunakan Google Lens, saya perlu cari aplikasi di pelancar, membukanya dan memastikan objek yang ingin dicari berada di dalam bingkai aplikasi. Tetapi dengan Circle to Search with Google, fuh lagi laju. Di mana-mana skrin tidak kira aplikasi apa yang dibuka terus tekan dan tahan pada bar gestur atau butang home.

Kemudian saya boleh gunakan jari untuk melakar bulatan ke objek yang saya ingin cari. Dalam masa beberapa saat, hasil carian akan terus dikeluarkan. Menariknya, jika gambar bangunan yang dicari informasi waktu operasi, harga tiket masuk, peta dan banyak lagi boleh terus dilihat..

Carian Pun Ada AI

Circle to Search with Google ini dilengkapi dengan ciri carian generatif atau SGE. Jika anda telah lakarkan bulatan pada skrin untuk mencari maklumat mengenai sesuatu objek, tetapi hasil keputusan entah ke mana-mana.

Kotak carian Google yang terpapar secara automatik, membolehkan anda memasukkan prom carian tambahan. Misalnya “where to buy” atau “”Nak beli kat mana” tanpa sebarang konteks kerana carian akan dilengkapkan berdasarkan imej pada skrin tadi. Jadi, keputusan yang anda akan terima adalah lebih spesifik dan mudah untuk dibaca atau terus melawat ke laman web tertentu.


Jika anda berminat untuk menggunakan ciri ini, dapatkan siri Samsung Galaxy S24 pada harga bermula RM4099. Anda turut boleh menikmati tawaran mencapai RM1650 sehingga 29 Februari nanti. Jangan tunggu lama-lama, terus tekan pautan di bawah untuk mula membeli.

*Penafian, ini adalah advertorial daripada Samsung Malaysia.

Komen