Google kini telah mula memaklumkan para pengguna tempatan yang menggunakan perkhidmatan mereka, termasuk seperti Google Ads, Google Workspace dan sebagainya berkenaan peningkatan kadar caj SST kepada 8% bermula 1 Mac 2024.

Kadar SST semasa adalah 6%, dan ia akan ditingkatkan kepada 8%, selari dengan pengumuman kerajaan ketika Belanjawan 2024 sebelum ini.
Ini secara tidak langsung akan membawa kepada sedikit peningkatan kos yang perlu dibayar pengguna dalam menggunakan perkhidmatan Google, dan lain-lain.
Sebelum ini, ia dimaklumkan cukai perkhidmatan akan meningkat kepada 8%, kecuali untuk perkhidmatan makanan dan minuman, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik yang akan dikekalkan kadar 6%.