Carian
ChargeSini Bekerjasama Dengan Edotco – Ingin Menambah 200 Stesen Pengecas Elektrik
February 5, 2024 Aman

Edotco kini mengumumkan kerjasama strategik bersama penyedia pengecas elektrik ChargeSini, dan meneruskan agena kelestarian alam. Melalui kerjasama kedua-dua pihak ini, ChargeSini akan memasang lebih 200 stesen pengecas elektrik pada lokasi-lokasi yang sedia diterokai Edotco, dalam tempoh 2 tahun akan datang.

Langkah ini juga selari dengan agenda dan sasaran kerajaan, untuk mempunyai sehingga 10,000 stesen pengecas elektrik dalam beberapa tahun ini. Pada hari ini, terdapat lebih 13,000 kenderaan elektrik di jalan raya Malaysia, dan angka berkenaan dijangka akan terus meningkat pada tahun ini.

ChargeSini sendiri merupakan penyedia stesen pengecas elektri, dan sedia menawarkan perkhidmatan mereka di sejumlah kawasan. Menurut data semasa, ChargeSini telah membangunkan sekitar 599 titik pengecas setakat ini di Malaysia.

Komen