Cari @ Amanz

Yandex NV, syarikat induk kepada Yandex yang berpangkalan di Belanda mengumumkan penjualan keseluruhan perniagaan mereka di Rusia pada harga $5.2 bilion (~RM24.7 bilion). Perniagaan dijual selepas pelbagai sekatan perdagangan dikenakan kepada Rusia selepas negara tersebut menyerang Ukraine pada Februari 2022.

Pada suatu ketika Yandex diberikan nama jolokan “Google Rusia” kerana menawarkan perkhidmatan yang sama seperti enjin carian, stor atas talian dan pemetaan. Seawal 2021, syarikat mempunyai nilai pasaran melebihi $30 bilion. Pasca sekatan dikenakan ke atas Rusia ia menjunam ke sekitar $10 bilion. Walaupun syarikat diasaskan di Rusia, syarikat induknya berpangkalan di Belanda.

Tekanan ekonomi dan kesukaran mencari tenaga kerja menyebabkan perniagaan Yandex di Rusia dijual kepada pelabur tempatan. Undang-undang tempatan mewajibkan jualan syarikat dari negara yang tidak “mesra” dengan Rusia dijual dengan potongan 50%. Selain Yandex perniagaan IBM, Dell, MacDonalds, Starbucks, IKEA dan pelbagai lagi syarikat dari Barat telah dijual sejak perang bermula.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd