Cari @ Amanz

Pengeluaran telefon tahun lalu susut 3.2% berbanding 2022 dengan Samsung akhirnya dipintas oleh Apple. Hanya Apple mencatatkan peningkatan pengeluaran telefon pintar sedang pesaing lain mencatatkan pengeluaran dua angka. Tetapi berbeza pula dalam pasaran tablet kerana sepanjang 2023, nasib Apple adalah berbeza menurut data yang diterbitkan Canalys.

Sepanjang 2023, pengeluaran tablet susut 10.3% berbanding 2022. Apple masih di tangga teratas dengan iPad memegang 40%. Ini diikuti oleh Samsung (19%), Lenovo (6.9%), Huawei (6.1%) dan Amazon (5.8%).

Amazon paling teruk terjejas kerana pengeluaran menjunam -42.9%. Walaupun iPad masih mendominasi pasaran tablet, ia mencacatkan penyusutan -11%. Hanya Huawei mencatatkan peningkatan positif dengan ia meningkat 32.1% berbanding 2022. Huawei kembali agresif tahun lalu selepas bertahun dikekang oleh sekatan perdagangan Amerika. Pengeluaran iPad terjejas kerana tiada model baharu diperkenalkan tahun lalu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd