Carian
Ini Empat Ciri AI Yang Akan Diberikan Pada Peranti Samsung Galaxy Lama
February 6, 2024 Effi Saharudin

Samsung mengesahkan sebahagian ciri kecerdasan buatan Galaxy AI pada siri Galaxy S24 akan diberikan pada siri Galaxy S23, Galaxy Z Fold5, Galaxy Z Flip5 dan siri Tab S9. Apakah yang akan disokong adalah misteri pada cara pelancaran bulan lalu. Hari ini Samsung Malaysia menunjukkan sekurang-kurangnya empat ciri Galaxy AI yang bakal diterima pada siri Galaxy S23.

Ciri tersebut adalah Circle to Search, Live Translate, Note Assist dan Photo Assist. Cirlce to Search membolehkan carian dilakukan dari mana-mana skrin tanpa tangkapan layar dilakukan. Live Translate membolehkan panggilan telefon dialih bahasa secara masa nyata. Note Assist meringkaskan nota dalam Samsung Notes sementara Photo Assist melakukan suntingan foto dalam Gallery menggunakan AI.

Bagi yang inginkan Chat Asssist yang membantu proses penulisan seakan ChatGPT ciri in masih eksklusif pada siri S24. Begitu juga dengan kemampuan Interpreter, menghasilkan transkrip dalam aplikasi rakaman suara, latar belakang dijana AI dan melakukan ringkasan laman web dalam Samsung Internet.

Pada siri S23, keempat-empat ciri yang disenaraikan tadi adalah percuma sehingga penghujung 2025. Samsung telahpun mengatakan tidak semua ciri Galaxy AI boleh disokong peranti-peranti lama kerana memerlukan NPU yang berkuasa pada cip pemproses.

Komen