Vivo Y100 telah dilancarkan di Indonesia pada Januari lalu, dan dijangka ditawarkan di Malaysia dalam masa terdekat. Ia berikutan peranti itu telah ditemui melalui laman pensijilan SIRIM dengan kod nama V2327 (Y100) yang didaftarkan oleh VTalent Business Sdn Bhd.

Butiran lanjut mengenai peranti masih belum jelas setakat ini. Seandainya sama, ia boleh dipasarkan sebagai peranti 5G dengan cip Snapdragon 4 Gen 2. Selain juga dilengkapi skrin AMOLED 120Hz, kamera utama 50MP, kamera swafoto 8MP dan bateri 5000mAh menyokong pengecasan 80W.
