Carian
CelcomDigi, MPAJ Jalin Kerjasama Bangunkan Hulu Klang Jadi Bandar Pintar
February 6, 2024 Amy Maizuraa

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan CelcomDigi Berhad bagi memacu pelaksanaan bandar pintar di Hulu Klang, berkuat kuasa selama sepuluh tahun bermula hari ini.

Kerjasama menerusi MoU ini juga akan menyokong Rangka Kerja Bandar Pintar MPAJ yang dibangunkan bagi mentransformasi Ampang Jaya kepada bandar pintar, yang turut memberi tumpuan kepada beberapa komponen pintar termasuk tadbir urus pintar.

Menerusi kolaboratif itu, kedua-dua pihak secara asasnya bersetuju untuk mewujudkan bandar pintar yang mampan melalui pelaksanaan teknologi termaju seperti penyelesaian 5G dan infrastruktir gentian mantap dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat kawasan berkenaan.

Selain itu pemeteraian MoU ini turut membolehkan kedua-dua pihak mengenal pasti penyelesaian bandar pintar yang terbaik, sekaligus mengubah Hulu Klang menjadi suatu daerah bersepadu. Selain juga lengkap dengan persekitaran moden yang boleh mempromosikan pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan kebajikan penduduk.

Menerusi kolaborasi ini juga, CelcomDigi akan menerajui ‘sandbox’ yang menghimpunkan semua pihak berkaitan dalam penyelesaian bandar pintar seperti usahawan, pembekal dan pengeluar peranti.

Komen